Pages

3 Pembaca Berita yang agak...

Assalamualaikum

Siapa tak kenal 3 orang jejaka ni? Ok.. Yang atas sekali tu Mior Abdul Malek Raiyani dari TV3. Sebelah kiri pula, Adi Akmal (Devotees) dari TV AlHijrah dan sebelah kanan wajah ala Brandon Routh tu pula Rizal Zulkapli dari Astro Awani.

Minat betul dengan 3 orang jejaka tampan yang agak hot ni.. Kadang-kadang tengok berita tu sebab nak tengok muka mereka saja. Berita yang ikan kerapu lagi merapu bukan nak layan sangat pun.

Antara mereka, sempat juga saya hantar mesej di FB kepada 2 orang pembaca berita itu mengatakan minat terhadap penyampaian mereka. Tapi seorang sahaja yang membalasnya dengan penghargaan sebanyak 3 kali walaupun isi mesej saya sama.

Dengan jadual yang tak menentu, sekurang-kurangnya sudi juga dia balas mesej. Itulah dia Mior Abdul Malek Raiyani.

Larian 'Kidney'

Assalamualaikum

20 April lepas, sempat juga sertai World's Kidney Run di Dataran Bandaraya Ipoh. Awal 6.30 pagi kami dah berada di sana untuk mengambil T-Shirt bagi 800 peserta pertama.

Tibanya di kaunter, dengan harapan dapatlah saiz baju S atau sekurang-kurangnya M. Tapi disebabkan hampir 500 orang peserta telah tiba, saiz yang tinggal hanyalah L dan ke atas. Jadi, sarung je lah kita ni pun kan.

Separuh hari mengikuti program anjuran Hospital Raja Permaisuri Bainun itu bersama Nanato Isha dan sahabat baru, Raihan. Antara aktiviti yang kami ikuti ialah program menderma darah (mereka saja yang layak), melakukan pemeriksaan awal kesihatan, dan pemeriksaan pergigian.

Keputusan yang diterima normal termasuklah paras kolesterol dan kandungan glukos kecuali berat badan yang kurang. Lagi beberapa kilo saja nak mencapai berat badan ideal.

Macam mana pun, rasa memang berbaloi  sebab masa diisi dengan aktiviti bermanfaat.

Bersama Tuan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun

Macam duduk dalam kotak

Bayangkan kalau dalam masa seminggu, tak baca surat khabar, rasa fikiran ni macam kosong. Isu-isu semasa pun kita tak ambil tahu. Nak bandingkan tengok berita dekat TV dan baca kat internet.. pengisian dalam otak macam tak sama pula dengan membaca kat surat khabar. Mmm..mesti ada yang menarik mengapa menbaca baik untuk kesihatan.

Confession: When the tragedy happened

Assalamualaikum.

We or should I just mentioned myself?
I don't even know one of them
Woke up in the morning of 'Sad-turday'
The feeling was very strange when we keep worrying about others
Others that for SURE don't know about us

The whole 18 days, we have been through many issues, speculations and the most annoying things was the slap of 'Raja Bomoh'
I'm not going to say I'm supporter of KJ, but totally agreed with his tweets.

You, MH370..
When you started missing, our prays always be with you..
World's waiting for you to come home safely
My TV's channel were focused on 501
Only 10% was on HBO, AFC, One, FNA & Life Inspired.

When 2 weeks gone.. Adding 3 on 'Tears-day'
You appear with your last location was on Southern Indian Ocean
How can we describe that feeling???
Deeply in our heart was hoping on you
Brokenhearted, tears
Neither we not their family's member nor their friend feel that 'Can't Described The Feeling'

People united
This is miracle
Miracle that OUR CREATOR has created
Feeling in every human
Realizes that something happens for a reason...

Will always be with you. Al-Fatihah.
(Maybe my English not good as you.. Keep learn)

Lebih Indah: Lagu Dato' Siti beri sikit motivasi

Assalamualaikum.

Sejak dengar lagu Dato' Siti, Lebih Indah.. Berulangkali juga nak putarkan.. terasa ada sikit nasihat dalam lirik tu. Sebelum ni pernah terpikat dengan lagu Dialah Di Hati yang berunsurkan keagamaan iaitu yang menceritakan Tuhan Yang Satu. Antara kata-kata yang menarik hati dalam lagu Lebih Indah.

"Pelangi
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana"

Kalau tinggal sebilik, Mahu 3 pagi baru tidur

Assalamualaikum.

Baru lepas makan tengahari dengan Kak Mar, Nanato Isha & Naza. Syukurlah ada kawan macam mereka ni. Sempoi habis. Makan sama-sama. Basuh pinggan pun nak berempat.

Kalau dah berkumpul berempat, macam-macam cerita dikongsikan. Berkongsi pengalaman kerja masing-masing dan luahan perasaan. Ea...? Tadi pun lepas makan, setengah jam duduk sembang lagi. Padahal dah nak masuk kerja pun. Tak sedar masa dah berlalu.

Walaupun kami tinggal blok lain-lain, persahabatan kami utuh tanpa kira umur dan pangkat. Boleh dibayangkan kalau tinggal berempat ni, sambil tengok Running Man, mesti enjoy & gelak sakan habis. Lagi-lagi kalau Kwang Soo buat hal. Comel sangat. (Peminat Kwang Soo)

Andai kata kita berpisah nanti, kenangan dengan mereka mesti tak dapat dilupakan. Terima kasih sudi jalinkan persahabatan ini.

MH370: Yang sahih, spekulasi dan bomoh

Assalamualaikum.

Tiada gambaran perasaan yang dapat diceritakan tentang kehilangan pesawat MAS MH370 yang berlaku 7 Mac lalu. Walaupun tiada pertalian darah dan kenalan dengan krew mahupun penumpang Boeing 777-200ER itu, hati rasa sayup tatkala mendengar berita di televisyen.

Pelbagai sumber berita yang kita terima. Sumber dari luar negara juga kita baca tapi tunggulah pengesahan dengan MAS.
Jangan kita cepat melatah dan percaya 100% dengan berita yang belum lagi sahih statusnya.

Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan. Tanpa pengesahan dari pihak berwajib, kita senang lenang nak hebohkan satu Malaysia kononnya kitalah yang mempunyai pelbagai maklumat dengan kejadian tersebut. Senang cerita, kalau dapat cerita yang belum tentu sah, tak perlu nak copy-paste-post bagai seolah-olah kita ni tahu semua.

Kes bomoh pula, ada juga yang nak menarik perhatian. Moga mereka ni sedarlah apa yang mereka buat tu perbuatan syirik.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa akan pertemuan pesawat MH370 bersama krew dan penumpangnya dalam keadaan selamat. Buat ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat, tabahkanlah hati dan bersedialah menerima berita dengan apa keadaan sekalipun. Tak mustahil keajaiban itu boleh berlaku. Ini hanya menguji anda. Doa, merayu dan menangislah pada yang Esa. Dia mendengar rintihan anda dan semua yang berdoa.

BFF - jadi sahabat ilmu

Assalamualaikum.

Blog on off. Busy katakan..
Pernah tak ada seorang sahabat yang satu kepala dengan kita...?
Paling kurang pun, mesti ada seorang kan?

Kali ni, bersama Nanota Isha lagi, selalu pergi dengar talk. Tak kiralah talk isu apa pun. Isu semasa, perubatan, dan lain-lain. Kami join semua. Tapi kalau dah start keluar dengan member hari cuti, kedai buku wajib singgah. Paling kurang sejam kat situ..

Tapi tak ramai kan ada hobi macamni...?
Jom kita shopping kat kedai buku pula.

Caraku Bahasaku

Assalamualaikum

Menggunakan bahasa yang skema? Menerima ejekan dari orang lain dan yang memerli? Hiraukan...yang penting saya nak menjaga dan tak nak merosakkan bahasa ibunda. Menulis bukan untuk menarik perhatian, hanya mengisi waktu kekosongan. Sekian.

Menghilangkan rasa bosan

Assalamualaikum.

Buku adalah antara salah satu medium untuk menghilangkan rasa bosan. Jadi, untuk waktu lapang apa kata anda sediakan secawan teh mahupun apa jenis minuman bersama biskut dan ambil sebuah buku agar hari anda dapat dihargai dengan baik. Chill!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...